Perempuan Biadap Gaduh Dengan Mak Cik

Sambil taip ni darah Ava sangatlah menggigil panas bila teringatkan peristiwa beberapa hari lepas dekat pasaraya area rumah Ava dekat Shah Alam ni. Alah kalau korang student yang selalu buat perangai, area mana paling banyak student perangai macam ni? Ye, tepat jawapan, Seksyen 7 lah diknon!

Pasaraya apa paling meletop kat situ selain Giant kan? kesahhhhhnya, hari tu Ava dengan budak2 rumah nak pergi beli barang dapur. Sebelum tu sempat juga melantak sekejap dekat Ayam Penyet tepi tuh. Ingatkan nak makan dekat kedai ala2 mamak yang meletop kat tepi tu, tapi bila teringatkan rasa makanan dia yg macam lagi sesuai kasik PATI padahal harga mentekedarahhhh sangat! Cancel pergi situ.

Tambah pulak, kakak Ava nak jumpa dekat sana. Ok kita cut it short, lepas makan terus masuk Giant beli barang dapur. maklumlah kami ni semua jenis gadis-gadis pandai masak, bukan jenis yang terkangkang duduk rumah pandai masak maggie je tapi berharap dapat laki kaya raya. Eh hello!! kau hengat cantik2 tapi tak pandai buat kerja rumah laki nak ke??

Lepas dah beli barang bagai, weols pun beratur lah nak bayar. tapi memang penuh sesak dekat situ sebab ramai betul yang beratur nak bayar. tak apa, kami selaku wanita Muslimah faham dengan situasi itu. Sabar sudehhhhh.

Tapi tengah kami beratur, ada satu perempuan ni dengan suami dia terus je tolak trolley dia potong barisan! Weols kiranya no.5 tapi dia potong terus ke depan. Amboi amboiiiii

Tapi….tak sempat akak nak ke depan dia dah kena maki dengan sorang makcik bertudung yang sepatutnya memang giliran dia untuk bayar.

Makcik : Tak reti nak beratur ke?

PompuanGila : Reti, tapi kau sibuk kenapa?

Makcik : Sebab patutnya aku punya turn.

PompuanGila : So? tunggulah aku nak bayar kejap je nih.

Apa puna manners lah perempuan tu kan? Akak terkejut bila dengar cara dia menjawab tambah pulak kau memang dari awal kurang hajar. Terus dia mengadu dekat suami dia bila laki dia datang terkedek2 dari mana entah dengan family dia yang lain.

149354_aksi-waria-demo-bbm

 

Abang, ittew kena mawahhhhh

Laki dia terus tarik trolley tu bawak pergi lane yang sebelah sana. Makcik garang tu jeling tajam baik punyaaa dekat diorang. Ok makcik menang! hebat.

Akak terkesima dengan kejadian ittew.

images (2)

 

Akak terus cari cermin betulkan tudung akak yang dah terkelepet. Kalau akak jadi makcik tu pun akak mungkin all out habis2an cerca perempuan itu. Uols jangan jadi biadap macam tu ye. Kalau tak, akak pijak uols hidup2!

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s