Fauziah Gous Bakal Bertunang? Nikah sekitar September

maryjbligeslamwitha900000taxlien

AHHHHHHHHH ARGHHHHHHH 

Bingit ke? Akak nak jerit jugak! nak jugekssss tgh eksaited chuols! Pelakon favourite akak dah nak kahwin juga akhirnya. Siapa lagi kalau bukan si Fauziah Gous yang berambut panjang mengurai ittew. yang penting bukan kahwin dengan pelakon lelaki yang kuat propa yek! Dia bakal bertunang dengan seorang lelaki yang jauh lebih gagah daripada pelakon lelaki coverina ittew. 

HAHAHAnjjjj betul akak ni kan bahan dia. Kesahhhh?

Fouziah-Gous-dan-bakal-suami

Nasib baik pakwe dia reti bawak kapal terbang! Kalau pelakon lelaki coverina tuh? Bawak KERETA pun kepit uols! 

Fouziah-Gous-kekasih

Hensemnyahhhhhhhhhhh. Rezeki dia uols!

Screen-Shot-2013-05-27-at-8.40.48-AM

 

Sangat manis Fauziah Gous dan pasangannya yang bakal bertunang minggu ini dan merancang untuk kahwin dengan Md Zhafran Md Yusof pada sekitar bulan September. Kalau uols nak tahu diorang ni juga sebenarnya rakan kongsi perniagaan. Baguslah itu, lepas ni boleh kembangkan perniagaan uols moga lebih maju. 

Bukan setakat Fauziah Gous tahu, Zahid AF2 pun bakal kahwin juga nanti. Shahz Jaszle dan tunangnya? NAN HADOOOO akak amek kisah. Jadi kahwin ke tidak kalau perangai playboy tu masih terperuk dalam hati baik duduk rumah GENTEL apa aja selagi boleh kanzzz??

AFIQ MUIZ pulak? Lantak kau lah dik. uols kan ibarat anak emas intan berlian tak boleh dimarah? darjat pun dah naik melangkaui si emak. Akak nak tengok akhirnya nanti kahwin ke tidak budak ni dengan si Eina Azman yang rambut berkepok2 kembang ittew. 

Advertisements
Posted in Uncategorized | 1 Comment

Apa NIAT uols pergi GYM?

5152013_azrisekarang-a

 

Gambar hiasan : Azri AF uolssss. Sedap ke tidekkk badan dia sekarang? Makin seksi dowhhhh. Rempit tengok pun? SUKA!

Akak notice sekarang ni ramai betul orang lelaki ikut trend membesarkan badan kanss? Bukan membesarkan badan jadi gemok uolsss. Ewahhh nak carut akak lahtuu. Maknanya, budak2 lelaki zaman sekarang suka pergi gym semata2? Untuk dapatkan badan atau body yang kekar berketul2 dengan muscle.

Bagus tahu sebab deols melihatkan perkembangan yang positif katanyahhh ke arah menjalani kehidupan yang sihat. Akak dengar pun excited! Apatah lagi banyak baby fish sekarang dah tidak lagi badan kurus macam kucing tepi jalan tapi berotot mcm singa dah. Hasilnya? ENAK lahhh. HAHAHAHwauuu

TAPI? yang tak best bila deols ni ada yang terlalu taksub nak buat badan. Cucuk itu ini bahan kimia dalam badan semata2 untuk cantik dengan cara cepat. WALAUPUN?? Deols tahu benda tu boleh memudaratkan dalam tempoh jangka panjang. Apa guna ada otot sebesar kuali kalau otak mcm guli kansss? Dari cucuk bahan2 ittew semua dalam badan mari sini datang dekat akak, akak tolong cucuk kan. HAHAHAnjjjjj ambil peluang selagi adaa!

Kadang2 jugak? ada budak2 baru nak UP pergi gym semata2? nak CUCI mata uolsss. adik2 ni pergi semata2 untuk USHA habang2 gym lain. Angkat dumbbell pun seketul je kira sampai 10 lepas tuh? START camWHORING snap gambar sampai lah gym nak tutup dia masih tak nak keluar snap gambar! CHOIIII hazabedah sangat jenis macam ni. Tambah pulak ada yang senyap2 ambil gambar habang2 lain. Eeeeee GELI hokayh. Peluh pun setitik dua je yang turun tapi caption gambar dekat Instagram macam lenguh exercise 18 jam tanpa HENTI!

Janice+Dickinson+Celebs+Vivienne+Westwood+3xbm7njP0c3lMacam ni lah reaksi muka akak bila tengok adik2 OVERINA pergi gym. Niat uols tu drpd awal  tak betul so hasilnya? 9 bulan ulang alik pergi gym pun tak ada muscle yang naik! Orang lain 9 bulan dah boleh dapat ANAK! SEDEYYYYY

janice-dickinson-is-a-thiefAkak tak perlu daftar dengan gym semata2 nak usha habang2 kat sana. Akak lalu kat luar buat macam ni pun RAMAIIIII mintak? Twithandle! Kelassss ke tidekkkk

 
janice_dickinson

Bila dah dapat? Akak POSE macam ni depan budak2 overina tuh. Gitchiuuuuu makan HATI!

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Girlfriend TAK Setaraf Boyfriend HELOK!

Salam sejahtera adik2 akak yang comel cute semua! Apa khabar uols! Moga sihat2 ye. Mohon maaf akak tak aktif dekat blog. Sekali sekala hupdate pun ok lah kan daripada nan hado? TAK ADA! Mostly akak memang aktif dekat Twitter. Kalau nak tengok akak carutsss kan some issues atau manusia? Pergi lah sana ya tengok akak dan follow.

By the way last week akak sangatttttt busy ye. akak ada 3 wedding! Makin sikit dah kawan2 akak yang masih single bujang. Semuanya sekarang dah jadi mak dan bapak orang. Akak je ketinggalan. Well diva kanzzz mana kahwin awal2. HAHAHAnjjjj

Akak nak ceritakan pengalaman akak waktu pergi satu majlis baru2 ni. Majlis kenduri biasa je potong jambul anak sedara kawan akak. Tapi meriahnya macam dah dapat menantu. why? sebab punyalah ramai deols jemput tambah pulak kan dengan berderet2 buffet! Bagus betul ya keluarga dia dalam melayan tetamu dengan jamuan hebatssss bak hotel 5 star!

Opkoss lah kan dah kalau majlis macam ni, mestilah mata akak ni scan kawasan keliling kot2 ada mamat jambu helok boleh usha kanzzz. Siapa tahu dan dan tu jugak ketemu jodoh! then akak ternampaklah satu mamat ni hamboi2 kemain helok! Tinggi ala2 model lah. Kulit dia cantik memang kalah segala tok nenek pengasas produk kecantikan kat Malaysia nih.

Akak syak dia mixed kot. So lepas amek makanan akak pun cubalah ambil peluang duduk dekat2 dengan dia. 5 minit pertama macam 5 tahun terbaik dalam hidup akak. Very the feeling!

So akak try lah berbual dengan dia sebab kesian tengok dia duduk sorang2. Akak siap offer nak ambilkan dia makanan hokayh tp dia very the sopan menolak. Borak punya borak rupanya dia tak kenal pun tuan rumah tu sebab dia cuma temankan kenalan dia. Kenalan ke???

Tengah akak geletis manja dengan dia? tiba2 datang sorang perempuan duduk sebelah dia bawak pinggan dengan air. Rupanya? itu gf dia. HAHAHAwauuuuuu

Punyalah ketat muka perempuan tu tengok akak, dia bebel dekat bf dia kenapa berbual2 dengan orang tak dikenali. Akak……tergamam. Boleh kan dia cakap macam tu depan muka akak? Woi akak masih kat situ, at least cubalah beradab sikit bila bertutur bicara cakap slow sikit ke kanzzzz. Tak pe akak rilaks mungkin dia tergugat tengok keramahan akak versus rangka muka dia yang ketat tu kan.

Tapi dia terus membebel dekat bf dia sepanjang 20 minit kemudiannya. Bf dia? punyalah sopan tak membantah. Orang keliling dah meluat tengok gf dia yang overina tuh.

Kena control dek queen control yang hazabedahhhh! Sekali dia bukak mulut untuk makan? PELAHAP diknon!

images

Pompuan tak berapa nak perempuan kat atas ni pun lagi cantik dari gaya gf dia makan. Azab ke tidekkkkkk

images (1)

Akak yang melihat depan mata ni terkedu.

Very the takde standard! Bf punya helokkk baik sopan dapat dekat perempuan jenis macam ni kan? EEEEEEE

article-1368772-0B480CDE00000578-770_634x433Akak waktu kecik dulu at least comel lagi dari dia sikit. Even kalau tiap kali dapat ayam goreng memang habis licin segala urat akak gigit makan.

muslim_arab_scarf_baby_girl_CuteNewBaby.com_-267x400

Apa pun akak tetap maintain muslimah sopan! Voleyyyhh?? HAHAHA

Pengajaran kpd pasangan di luar sana, jagalah adab ketika bercinta. Jangan setakat buat pasangan anda menyampah, masyarakat pun meluat! kalau perangai mcm si gf ittew. Sendu dan? KEJUNG!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PRU13 Habis, Bersatulah Kita!

f4736030-3b23-4688-959a-d476d8bc1638_Post-GE13-Map-of-MalaysiaHabis sudah kita berkempen untuk PRu13 uols. Akak dengan ini merendahkan diri serendah boleh memohon maaf pada kawan2 akak yang tersinggung sepanjang kita berkempen hari tuh. Bukan apa, dalam pada kita  duk beria kempen rupanya ada yang berhati senipis tisu tersinggung katanyehhh dengan statement2 berapi akak. Alarh uols, alangkan lidah lagi tergigit ini kan pulak statement yang keluar daripada mulut puaka akak kan.

Bukan apa, dalam tempoh kita nak hadapi PRu13 hari tu, kemain ramai daripada teman2 kawan2 akak yg putus silaturrahim bagai sebab berbeza pendapat politik.

Ada yang block dekat whatsapp, delete BBM, unfollow dekat Twitter, unfriend dekat Facebook. Akak sedih sangat dengan keadaan ni. Now we are back to normal apa kata kita buat macam biasa tak payah nak main sentimen2 lagi. Siapa setuju??

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim and his wife Wan Azizah Wan Ismail leave after a news conference in Kuala Lumpur

Bang Nuar kalah pun dia tetap rilaks. Walaupun kekonon ada dengar pertelingkahan sikit  antara kem Wan Azizah dengan anak buah kesayangan Anwar, Azmin Ali. Well, akak tak nak sentuh isu itu tapi kita wajar ye hadik2 sekalian untuk teruskan bekerjasama dan rapatkan kembali ukhuwah.

Wahhh gituhhhh bunyik very the ustazah kanzz? nak ganti Abby Abadi ke? hahah tak koserrr lah akak. Meroyan manjang nanti! HAHAHAwauuuu

umnopas

 

Moga kita dapat bersatu. Jadikan keputusan PRU13 ini sebagai pengajaran dan menunjukkan betapa seriousnya perpecahan yang berlaku dalam kalangan kita.

Hokayy lah akak nak stop menulis. Bos akak dah jegil mata dari bilik dia tengok akak. Bukan akak pakai seksi pun! Rupanya?? Dia dapat hidu uolss yang akak bukan buat kerja, tapi hadap blog! HAHAHanjjjj tahu perangai staff sorang nih.

Jangan lupa komen! Kalau rajin follow lah Twitter akak sekali. LOVE!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Budak Comel Bergaduh Pasang Bendera Kempen PRU13

 

Hadik hadik kesayangan akak semua apa khabaq? Sihat? Syukur ke hadrat Ilahi tak ada yang menemui ajal tatkala giat berkempen sempena PRU13 ni kanz. Akak sakit hati dengar berita2 yang cukup ridiculous pasal orang sana sini bergaduh waktu pasang bendera. Eh hello? Korang gantung bendera parti je pun bukan gantung bendera SYURGA atau NERAKA kan. Over tahu!

Akak tak sabar nak tunggu pilihanraya ni habis. Puas dan jenuh tahu tengok kawan2 satu opis yang selama ni bergurau tepuk tampar tapi sekarang masing2 bersiap sedia nak letak kaki kat muka each other. Semata2 sebab berlainan pendapat dalam politik. Akak rasa budaya macam  ini sangat tak sihat. Betul tak?

Bukanke ada yang perjuangkan hak bersuara tapi bila ada yang bersuara tak sependapat mulalah yang lain tu nak meroyan. Freedom of speech apa kejadah ni kan?

Ok lah cukup. Akak terpaksa amek jalan selamat so uols tahu apa akak buat? Akak join ajelah dua2 pihak. Akak masuk wanita hameno dan juga pafss. Laki akak punyalah konpius tengok fiil akak. Xpelah demi menjaga hubungan sesama kawan dan keluarga. wahhhh gituuuhh! Boleh jadi Menteri Wanita dan Keluarga.

rizalman4

 

Actually last week kan akak de cerita pasal koleksi terbaru Rizalman dekat Zalora kan. Well uols dah boleh mula membeli tahu koleksi esklusif Rizalman for Zalora 2013 Collection. Akak ulangi ianya eksklusif hanya untuk Zalora Malaysia. So korang jangan verangan ingat boleh beli kat tempat2 lain. Uols beli online sajorhhh mudah kan.

Akak beli 3 pasang hokayhh! Punyalah sebab akak minat dengan hasil tangan pereka fesyen meletopss Rizalman Ibrahim nih yang dah pernah buat baju untuk Ziana Zain. kau jangan tanya pasal size ye dah tentu akak beli size paling besar yang ada. Akak doa siang malam harap2 muat ler.

rizalman3 rizalman2 rizalman1

Posted in Uncategorized | Leave a comment